Ummi nak share sikit pengalaman ummi selepas melahirkan puteri ummi pada tanggal 21 September 2017 yang lalu...Ummi bersyukur selepas melalui segala kepayahan dan kesakitan, akhirnya ummi selamat melahirkan puteri ke dunia ini dengan berat 3.46 kg...Wowww... kalah abg sulungnya yang berat 3.45 kg..Hehe...Ummi ni ada pengalaman bersalin secara normal dan juga ceaser.. Ceaser ni sewaktu melahirkan anak kedua ummi yang beratnya 4.0 kg...Hehehe...Makan banyak anak ummi ni sewaktu dalam perut...
Selepas bersalin kan puteri ummi ni, ummi pun berpantang macam biasa..Berpantang di rumah sendiri sebab tak nak menyusahkan ibu dan juga ibu mertua ummi..Lagipun anak dah 3 , in shaa allah ummi rasa ummi mampu buat sendiri dengan di bantu oleh en.suami..
Apa yang ummi nak share kat sini, waktu kandungan ummi 7 bulan, tiba-tiba tangan umi rasa kebas-kebas sangat. Rasa tak selesa sangat nak buat kerja..Bila ummi google rupanya simptom kebas tangan ni biasa di alami oleh ibu-ibu hamil..So, umi redha jalah...Terus menjalani kehidupan seperti biasa..sebab pak google kata nanti kebas tu akan hilang selepas bersalin nanti..Kadang-kadang tu ummi suruh la en.suami urut-urutkan tangan ummi yang debab-debab masa tu.. Yelah, berat ummi naik 20 kg kot sepanjang kehamilan puteri ummi ni..Hahaaha...
Banyak masalah yang ummi hadapi semasa hamil ni...tapi ummi anggap kifarah untuk hapuskan dosa-dosa ummi..Takkan ummi nak merungut pulak kan..Jadi ummi sentiasa berdoa ummi kuat menghadapi cabaran yang allah kirimkan untuk ummi..
Tapi apa yang yang berlaku tak sama seperti yang ummi harapkan...allah tak izin kebas tangan ummi ni sembuh selepas puteri dilahirkan...Uols bayangkanlah dengan sakit lepas bersalin, tangan pulak kebas-kebas...Rasa stress la jugak.. Tapi ummi cuba pujuk2 hati ini...Lama juga ummi tunggu kebas tu hilang.. Macam-macam yang ummi buat untuk hilangkan kebas tangan tu semasa dalam pantang..Antaranya ummi rendam dalam larutan garam suam dan letak tangan di atas ais untuk kurangkan kebas tu...Tapi semuanya tak berjaya..Adoi, macmana ni..Macamana ummi nak uruskan baby dan anak2 umi yang lain....Ya Allah kau mudahkanlah....Doa ummi setiap hari..
Apa yang paling ummi seram bila pak google kata kalau tak baik kena operate...
Sebenarnya kebas tangan ni ialah penyakit Carpal Tunnel Syndrome. Ni la first time ummi alaminya..Kehamilan sebelum ni ummi tak pernah alaminya pun..Kenapa ibu mengandung mudah alaminya??? ia adalah disebabkan oleh water rentention yang mana ianya melibatkan pertambahan berat badan akibat pengumpulan air dalam badan...Selepas gagal dalam semua usaha ummi untuk menghilangkan kebas tu, uols tahu tak macammana ummi buat????
Ha...ummi terus dapatkan produk shaklee..Ummi disyorkan untuk makan Omega Guard, Ostematrix dan juga B-Complex...Alhamdulillah, selepas ambil supplement ni, dalam tempoh 2 hari ummi dapat rasakan kebas di tangan ummi dah hilang.. Syukur alhamdulillah..Ummi nak kongsi rahsia ni dengan semua pembaca sebab ummi dah lalui macamana rasanya bila tangan kita terasa kebas.. Bayangkanlah bila ummi pegang botol air, tertumpah ke lantai tanpa ummi dapat kawal situasi tu.. tak pernah terjadi macam tu sepanjang hidup ummi.. Ummi risau sangat sampaikan bila ummi dukung puteri ummi untuk di bawa mandi , ummi peluk kuat2...takut kalau2 terjatuh.. Alhamdulillah, dengan izin Allah s.w.t, ummi dah bebas dari kesakitan tu..dan ummi lebih bertenaga sekarang untuk menguruskan anak-anak dan rumahtangga...Semoga Allah terus berikan kesihatan yang baik untuk ummi dan ahli keluarga ummi..
Jika ada pembaca blog ummi ni yang mengalami masalah yang sama dengan ummi, jom PM ummi.. In syaa allah kita sama-sama usahakan.. Tiada sakit yang tiada penawar dan segala penyakit itu adalah ujian dari Allah untuk menguji kesabaran kita sebagai hambanya...
Sekian coretan ummi untuk semua.
Hubungi Ummi Aisyah : 017-4890520
No comments:
Post a Comment