Assalamualaikum dan Slam Jumaat kepada semua pembaca blog ummi.
Semoga semua dalam rahmat Allah s.w.t
Ok, entri kali ini ummi nak cerita berkaitan pentingnya pengambilan air kosong @air masak @ air suam untuk kesihatan tubuh badan kita. Apa yang ummi lihat rata2 di kalangan kita jarang mengamalkan pengambilan air masak dalam kehidupan harian. Kita lebih suka mengambil minuman bergula. PAdahal kita memang dah tahu kesan pada kesihatan diri kita bila terlalu banyak minum minuman bergula...Bila di suruh minum air masak berbagai alasan diberi. Takkan dah sakit baru nak minum air masak ni kan..
Tahu tak, setiap 25kg berat badan kita memerlukan 1L air..So, keluarkan kalkulator masing2 dan kira berapa jumlah air yang diperlukan oleh tubuh kita sebenarnya.
Ok, dah kira ker? berapa liter nk kena ambil?
Hehe...
Apa yang ummi nak cadangkan kat sini, kalau uols rasa xmampu nak ambil berliter-liter air masak setiap hari (disebabkan berat badan yang terlampau obes) , uols boleh disiplinkan diri dengan minum segelas air setiap kali lepas solat. So uols dah mampu untuk berikan 5 gelas air masak untuk tubuh anda terus bekerja..Selebihnya adalah selepas bangun tidur, selepas mandi dan sebelum tidur.
Tadaaaaa....kan dah cukup 8 gelas sehari. Tapi uols kena usahala untuk tambahkan kuantiti pengambilan air masak setiap hari..Lama2 nanti akan terbiasa dalam kehidupan uols.
Nak tahu tak, air masak ni memang sangat penting untuk tubuh kita. Kalau nak turunkan berat badan memang uols kena minum sekurang2nya 2 liter sehari. Ummi pernah turun 6kg semasa bulan puasa pada tahun 2015 dengan banyakkan minum air kosong. Hebat kan penangan air kosong ni.
Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada pembaca blog ummi.
Salam sayang dari ummi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Keperluan Air Kosong pada Tubuh Badan
Assalamualaikum dan Slam Jumaat kepada semua pembaca blog ummi. Semoga semua dalam rahmat Allah s.w.t Ok, entri kali ini ummi nak cerita be...

-
Assalamualaikum dan Slam Jumaat kepada semua pembaca blog ummi. Semoga semua dalam rahmat Allah s.w.t Ok, entri kali ini ummi nak cerita be...
-
Assalamualaikum semua Ummi nak share sikit pengalaman ummi selepas melahirkan puteri ummi pada tanggal 21 September 2017 yang lalu...Ummi ...
-
Assalamualaikum semua pembaca blog ummi yang dikasihi. Sihat ka semua hari ni??Ummi harap semua pembaca blog ummi ni sentiasa sihat untuk m...
No comments:
Post a Comment